Bahan Bidang Ilmu Lain
Karangan Jenis Berita
Berita:
Banjir
PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung
Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun
mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung
tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali
banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi
menghadapi keadaan tersebut.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakan rumah penduduk kampung.
Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.
Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.
Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Karangan Jenis Fakta
Fakta-Kegunaan
Air Kepada Manusia
Air sangat penting kepada manusia.
Air juga diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Air boleh didapati dari
pelbagai sumber seperti sungai, laut, telaga, mata air dan sebagainya.
Manusia menggunakan air untuk memasak, membasuh pakaian, mandi dan sebagainya. Air yang bersih bebas daripada kuman. Jadi, pastikan kita minum air yang telah dimasak supaya terhindar daripada penyakit.
Air juga diperlukan untuk pertanian. Pokok padi memerlukan air yang banyak untuk hidup. Para petani menggunakan air yang bersih untuk menyiram tanaman mereka. Haiwan ternakan juga memerlukan air untuk diminum. Tanpa air, manusia, tanaman dan haiwan ternakan akan mati.
Air juga digunakan untuk menggerakkan mesin dan jentera. Kebanyakan kilang menggunakan kuasa hidroelektrik yang dihasilkan melalui air. Jika berlaku kebakaran, air sangat diperlukan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Jadi, jelaslah bahawa air sangat penting kepada kita. Tanpa air, kehidupan manusia tidak sempurna.

Surat Kiriman Rasmi
Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti
Sekolah
Wan Afiq Bin Wan Ariff
blok t-7,taman sena ,
01457,kuala kemunting
shah alam selangor
_____________________________________________________
Guru kelas 6UKM
Sek keb miru sentosa,
Jalan Parit Buntar,
04580,port dickson
perlis indera kayangan 18/02/2012
Tuan/Puan,
PER:TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk pernyataan diatas ,saya waris penjaga Wan Afiq bin Wan Ariff ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri pada 17/02/2012 .
2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam yang bermula setelah pulang dari sekolah pada beberapa hari yang lepas.
3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 17/02/2012 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.
Saya ingin meminta maaf diatas kejadian ini dan berharap dari kerjasama pihak tuan .
Sekian terima kasih .
Yang Benar
(Wan Ariff bin Wan Zaman)

Bahan
Sastera
Pantun teka-teki
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Jawapan: Mancis
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Jawapan: Baju Hujan
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Jawapan: Buah Hati
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Jawapan: Buah Melaka
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Jawapan: Bintang
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Jawapan: Kasut Bertali
Sajak Hari Kemerdekaan
Pantun Merdeka
Jalur
Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda
Tanda Malaysia negara merdeka,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda
Jalur
gemilang berkibar megah
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah
Tanah
Melayu tertubuhlah sudah,
Tanggal 31 Ogos '57 hari merdeka,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.

Cerpen
Pada cuti semester bulan Jun itu, pada hujung
minggu, Leman,Fei Hong dan Kumar pergi memancing di sebatang anak sungai di
hujung Pasir Ris Park. Sungai itu menjadi lokasi strategik kerana di situ
terdapat banyak ikan. Mereka pergi dengan membawa joran dan umpan menuju ke
sungai tersebut.
Apabila sampai di sana,rasa hairan mula timbul di hati
mereka. Ikan-ikan terapung di permukaan air. Mereka bertanya sesama sendiri.
Fei Hong, mengajak Kumar dan Leman menyiasat punca kejadian tersebut. Tiba-tiba
Kumar menarik kedua-dua orang rakannya ke dalam belukar apabila terlihat dua
orang lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.
Mereka mengintip dari celah-celah belukar dan Leman telah
mencatat nombor pendaftaran lori yang membawa sisa toksik. Lagi mencurigakan
apabila dua orang lelaki tadi membuang sisa toksik itu ke dalam
sungai. Setelah mencatat nombor pendaftaran lori tersebut, Leman mengajak
kawan-kawannya pulang.
Setibanya di rumah Leman, mereka menceritakan peristiwa
tersebut kepada ibu bapa Leman. Ibu dan bapa Leman berjanji akan melaporkan hal
itu kepada pihak berkuasa. Selepas ibu dan bapa Leman membuat aduan tentang
orang yang membuang toksik di sungai tersebut, orang yang bertanggungjawab
melakukan semua perkara itu telah ditahan polis. Leman, Fei Hong dan Kumar telah
diberi penghargaan kerana bekerjasama dengan pihak polis.
Bahan Tatabahasa
Peribahasa
1.
Bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Kata Hubung
1.
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
2. Kata
hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
(a) kata hubung gabungan,
(b) kata hubung pancangan,
(c) kata hubung berpasangan.
3.
Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta
penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata
Hubung Gabungan / Pancangan
Contoh
|
Ayat Contoh
|
agar
|
Saya
berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
|
apabila
|
Mukanya
pucat apabila disoal.
|
atau
|
Awak
boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
|
bahawa
|
Kami
yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
|
dan
|
Leela
dan Siu Lan berjiran.
|
hingga
|
Ayah
dan kawannya berbual hingga larut malam.
|
Jika
|
Saya
berpayung jika hujan.
|
Jikalau
|
Jikalau
saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
|
kecuali
|
Semua
murid Nadir kecuali Gopal.
|
kerana
|
Aini
menangis kerana terlalu sedih.
|
lalu
|
Burung
itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
|
manakala
|
Baju
Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
|
sambil
|
Zalifah
bernyanyi sambil menari.
|
serta
|
Zahid
serta abangnya menonton wayang.
|
semenjak
|
Saya
berkawan dengannya semenjak kecil.
|
sementara
|
Berusahalah
sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
|
sungguhpun
|
Sungguhpun
buta, orang Itu mampu berdikari.
|
supaya
|
Belajarlah
bersungguhsungguh supaya pandai.
|
walaupun
|
Walaupun
letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
|
tetapi
|
Badannya
besar tetapi penakut.
|
Kata Hubung Berpasangan
Contoh
|
Ayat
Contoh
|
Baik
- mahupun
|
Baik
lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya
itu.
|
Baik-
baik
|
Baik
Daud baik adiknya samasama pintar.
|
bukan
sahaja malah
|
Fuad
bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
|
entah
entah
|
Jangan
lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
|
Jangan
– pun
|
Jangankan
sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
|
Kian
– kian
|
Kian
lama kian banyak orang yang ke sana.
|
Sama
ada – ataupun
|
Guru
Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
|
sedangkan...inikan
pula
|
Sedangkan
Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
|
semakin...semakin
|
Encik
Husin semakin kaya semakin pemurah.
|
sungguhpun...tetapi
|
Sungguhpun
badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
|
walaupun...namun
|
Walaupun
cacat namun Guan rajin berusaha.
|
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan (conjunction
sentence) terdiri daripada dua ayat atau lebih, yang dijadikan satu dengan cara
menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata-kata hubung
seperti dan, tetapi, atau, dan lain-lain. Contoh:
1. Abang belajar di Jepun tetapi kakaknya belajar di Australia.
2. Rumah di taman perumahan itu baru sahaja siap dan belum ada penghuninya.
3. Pesakit itu hendak dibawa ke klinik atau ke hospital?
Ayat contoh 1 – 3 menunjukkan penggunaan kata hubung yang berbeza, iaitu tetapi, dan, dan atau. Kata hubung yang berbeza itu digunakan dalam ayat yang mengandungi maksud atau cerita yang berbeza-beza pula.
Ada juga unsur (konstituen) ayat majmuk yang sama tetapi menggunakan kata hubung yang berbeza lalu menghasilkan makna ayat yang berbeza juga. Telitilah makna yang terkandung dalam ayat contoh yang berikut:
4. (a) Anandan dan Sarojini bercuti selama dua hari.
(b) Anandan atau Sarojini bercuti selama dua hari?
(c) Anandan kemudian Sarojini bercuti selama dua hari.
Unsur ayat 4 (a), (b) dan (c) sama belaka melainkan kata hubung dalam ketiga-tiga ayat majmuk tersebut.
Kelainan kata hubung dalam ayat-ayat itu menghasilkan makna yang berbeza. Makna ayat 4 (a) menyatakan bahawa kedua-dua Anandan dan Sarojini bercuti selama dua hari; tetapi maksud ayat 4 (b) pula memberitahukan suatu pilihan yang ada batasannya, iaitu sama ada Anandan yang bercuti atau Sarojini yang bercuti selama dua hari. Namun, maksud ayat 4 (c) pula mengisahkan hal percutian berlaku secara berturut-turut, yakni Anandan, dan lepas itu Sarojini pula bercuti. Demikianlah kelainan makna ayat dapat ditentukan oleh kelainan kata hubungnya.
Penggunaan kata hubung yang berbeza juga dapat menghasilkan tiga jenis gabungan utama dalam ayat gabungan, iaitu:
(i) Gabungan yang susunan faktanya berurutan;
(ii) Gabungan yang susunannya menyatakan maksud pertentangan fakta; dan
(iii) Gabungan yang menggunakan kata hubung yang berpasangan.
Untuk menghasilkan ayat gabungan yang susunan faktanya berurutan, yakni satu demi satu, beberapa kata hubung yang sesuai digunakan ialah dan, lagi, lalu, sambil, serta, dan lain-lain seumpamanya. Beberapa contoh penggunaan dalam ayat:
5. Askar itu berlari sambil bernyanyi.
6. Ceramahnya sungguh menarik, tambahan pula disisipkan dengan jenaka.
7. Mula-mula lukanya dibersihkan, kemudian dijahit, akhirnya dibalut dengan kain kasa.
Jenis yang kedua, iaitu gabungan yang maksudnya menyatakan pertentangan fakta. Kata hubung yang sesuai digunakan untuk maksud pertentangan fakta ini ialah tetapi, sebaliknya, melainkan, pada hal, kecuali. Beberapa penggunaan tentangnya:
8. Abangnya rajin belajar, tetapi adiknya malas.
9. Kami bekerja setiap hari kecuali hari Jumaat.
10. Tuhan tidak akan merobah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri.
11. Pakaian yang dibelinya sangat mahal, pada hal ada yang lebih murah.
Akhir sekali, gabungan yang susunannya mencantumkan ayat-ayat dengan menggunakan kata hubung berpasangan, seperti baik...mahupun, bukan sahaja...tetapi juga, daripada...lebih baik, sama ada...atau, sedangkan...apa pula, sedangkan...apa lagi, dan lain-lain sepertinya. Telitilah penggunaan kata hubung berpasangan dalam ayat-ayat contoh yang berikut:
12. Buku itu berguna bukan saja kepada pelajar tetapi juga kepada guru.
13. Saya ingin mengetahui sama ada barang itu sudah anda terima atau belum.
14. Adakah cerita kamu ini benar atau (pun) rekaan semata-mata?
15. Daripada berkahwin dengannya lebih baik saya membujang.
Seperti halnya dengan kata hubung tunggal, kata hubung berpasangan ini
menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal. Ayat 12, misalnya, terhasil daripada dua ayat tunggal, iaitu (a) Buku itu berguna kepada pelajar, dan (b) Buku itu berguna kepada guru. Kedua-dua ayat (a) dan (b) digabungkan dengan menggunakan kata hubung berpasangan bukan sahaja...tetapi juga.
Ayat tunggal (a) dan (b) itu juga boleh digabungkan dengan kata hubung tunggal dan membentuk ayat 12 (c) Buku itu berguna kepada pelajar dan guru. Jadi pola ayat 12 (c) merupakan pilihan kepada pola ayat 12, tetapi mempunyai maksud yang sama, iaitu menunjukkan bahawa pelajar dan guru beroleh kemanfaatan menggunakan buku yang sama. Namun, ayat 12 (c) ini kurang kesannya berbanding dengan ayat 12 itu.
Begitulah huraian tentang jenis-jenis ayat majmuk gabungan. Kefahaman anda yang jelas berkenaan jenis-jenis ayat ini membolehkan anda memilih kata hubung yang sesuai untuk jenis ayat majmuk yang anda kehendaki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan