Ahad, 9 September 2012

Kesantunan Berbahasa


Kesantunan Berbahasa
1.
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
3.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
4. 
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5. 
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
6. 
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7. 
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
8. 
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9,
Lihat contoh berikut:
Pak
Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak
Digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

10.
Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11.
Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
12.
Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13.
Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14.
 Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku(Aceh).

15.
Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
16.
Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17.
Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia
Bergelar warisan
Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia
Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha

Ahad, 2 September 2012

Tugasan Bina RPH dan Perisian P&P


Soalan Tugasan:
Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tempoh 60 minit dengan masukkan
bahan-bahan/elemen multimedia (audio, video, grafik, teks, animasi dan laman web) yang sesuai bagi setiap langkah  pengajaran yang dirancangkan.

Bangunkan  satu perisian  bagi  yang boleh digunakan bersama-sama RPH yang telah disediakan diatas.  Anda  boleh  menggunakan  perisian  alat pengarangan  (authoring   tool),  seperti Macromedia Authorware, Powerpoint atau  lain-lain perisian  yang  sesuai  dalam membangunkan  perisian  tersebut. 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran :

Bahasa Melayu

Kelas :
1 Pintar
Tema :
Mari  Bertani
Tajuk :
Buah – buahan Tempatan
Tarikh / Hari / Masa:
9  Mac 2012 / Jumaat / 11.10 – 12.10 (60 minit)

Standard Pembelajaran:

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.4.3 membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan.

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.



Objektif Pembelajaran:

Pada akhir PDP murid akan dapat :

1. Bercerita tentang buah-buahan tempatan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam petikan.

3. Membina sekurang – kurangnya 4 ayat tunggal daripada 5 perkataan dengan betul.



Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Tatabahasa
Kosa kata
Ilmu / Nilai
TMK

Kata kerja
Pekebun,hasil
Pend. Kes / kebersihan


Bahan Bantu Belajar:

, BLA, komputer(Perisian Power Point), LCD, gambar, bahan maujud.




Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaaran
         Catatan

1. Set Induksi

(5 minit)

Kemahiran Bertutur:

Bahan Maujud:
Buah mempelam, buah betik dan pisang.

Gambar buah-buahan dan tajuk menggunakan power point.






1. Guru meminta murid meneka rasa buah-buahan sambil menutup mata.

2. Guru mengaitkan aktiviti tadi dengan tajuk pelajaran hari ini.

3.Gurumemaparkan tajuk buah-buahan dan gambar dengan menggunakan power point.



BBM:
Komputer riba, gambar dan LCD, bahan maujud

Ilmu:
Pendidikan Kesihatan

Nilai:
Kesyukuran

2. Langkah 1
(15 minit)

Kemahiran bertutur

Gambar tunggal (Power Point)

Aktiviti tatabahasa:
Kata kerja





Penilaian:
Guru membetulkan sruktur ayat yang salah.

‘Konsep 5P`

1. Murid dikehendaki menyebut jenis buah-buahan tempatan.

2. Guru memaparkan gambar beberapa jenis buah-buahan tempatan.




3. Murid menyebut buah yang dipaparkan dan bercerita tentang buah-buahan tersebut.


BBM:
Gambar tunggal (Power Point)

Sistem Bahasa:
Kata kerja













3. Langkah 2
(20 minit)

Kemahiran Membaca


  Contoh Soalan:

1. Siapakah Pak Agus?
2. Bilakah Pak Agus
bekerja di kebun buah-buahannya?
3. Apakah jenis buah-buahan yang ditanam oleh Pak Agus?

1. Murid membaca petikan teks yang dipaparkan melalui perisian power point secara bergilir-gilir dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks.

2.  Murid menjawab 3  soalan yang dikemukakan dengan menggunakan struktur ayat yang betul menggunakan perisian power point.

BBM:
Petikan, Soalan interaktif ringkas menggunakan Power Point, LCD

4. Langkah 3
(15 minit)

Kemahiran Menulis:

Contoh Kata Kerja:

Menanam,bekerja, menjual

Contoh Ayat:
1. Ali sedang menanam pokok bunga..

Contoh perkataan:
1.pekebun
2. buah-buahan
3. menanam
4. menjual
5. rajin

Penilaian:
Guru menilai ayat tunggal ayat majmuk yang ditulis oleh murid dalam kumpulan.

Guru memantau
Kumpulan murid lemah (konsep 5P)


1. Aktiviti tatabahasa – Murid menyebut kata kerja daripada teks dan membina ayat tunggal.

2. Guru memaparkan 5 perkataan yang dipetik daripada petikan dan meminta murid membina ayat dan menulis dalam “ms word”- aktiviti kumpulan


3. Wakil kumpulan membaca ayat yang dibina.

4. Murid menulis ayat daripada Ms Word ke dalam buku latihan.

BBM:
Computer, LCD, Power Point

5. Penutup
(5 minit)

Nilai murni:
Bersyukur
Rajin

Teka-teki:



1.  Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.

2.  Murid menjawab teka-teki yang dipaparkan.


BBM:
Komputer riba, perisian power point

KBT:
Teori Kecerdasan Pelbagai-muzik